Memandangkan anak kiki,Umairah yang bersekolah di Pra Sekolah, Sek Keb Pekan Jaya,Pahang mengadakan lawatan murid sekolah ke Kuala Lumpur,jadi kiki sekeluarga amik kesempatan sekeluarga turut serta..
Memang excited anak anak.,sebab first time naik bas...kami diminta berkumpul di perkarangan sekolah sebelum jam 5 pagi..Dirancang akan bertolak jam 5pagi..
Atas kesilapan teknikal kami bertolak jam 6pagi, selepas solat subuh di surau sekolah..
![]() |
Bergambar kenangan dengan peserta rombongan |
![]() |
Bersama adik beradik lain yang turut serta |
Kami menyambung kembali perjalanan ke Kuala kira kira jam 9pagi...sepanjang perjalanan dengar suara anak anak yang gembira dapat berjalan jalan bersama keluarga...
Kira kira jam 12 kami tiba di PutraJaya Wetland Park..kami berehat seketika disini memandangkan jadual untuk ke Beryl's pada pukul 1tghari..Di sini kami berehat sambil makan tengahari..
![]() |
Kakak dan adik excited |
![]() |
kakak berehat |

![]() |
Umairah dengan rakan pra a.k.a dua pupu |
![]() |
Berehat sementara nak ke Kilang Coklat |
Selepas selesai mengisi perut dengan makan tengahari dan merenggangkan urat,kami menyambung perjalanan ke destinasi yang pertama..
Kami tiba di Beryl's, Seri Kembangan jam 1.10 tengahari..Nampak tu, macam mama dia je yang lebih excited..Maklumla coklat memang favourite kikiπππ
![]() |
Muka menahan panas,tapi excited |
Kami bergambar di depan sebagai kenangan sebelum masuk ke audotorium untuk mendengar dan melihat sendiri, proses pembuatan coklat...
![]() |
Ambik gambar kenangan dengan aleeya |
![]() |
Encik Suami pun tak nak ketinggalan bergambar |
Bukan budak pra sekolah je bergambar,mama ,papa & Aleeya pun amik kesempatan bergambar dengan lembu tunggal di Beryl's Seri Kembanganππ..
Selepas melihat video bagaimana coklat dihasilkan, kami di bawa melihat proses sebenar dalam menghasilkan coklat,sehingga ke ruang jualan coklat..kami jugak diberi rase sample coklat.. Excited punyer pasal sampaikan takde gambar semasa proses membeli coklat yang dipamerkan..Berbagai jenis coklat yang dijual.. kiki sempat beli 4 jenis coklat..
Kira kira pukul 2.30 kami bertolak ke Farm In The City pulak..inilah masa yang dinantikan oleh budak budak..
Kira kira pukul 3.00 petang kami sampai di destinasi kedua...
![]() |
Bule 2 beranak bergabung |
![]() |
Aleeya takut takut nak naik basikal tuaππ |
Selepas bergambar dan menunggu,kami dibawa oleh si tourist dalam kumpulan untuk pergi dari satu check point ke check point yang lain.. Memang ramai di FITC memandangkan cuti sekolah..
![]() |
Cow & Ostrich Area |
![]() |
Ular ni ada dia area Exhibition Hall,kalau berani pegang la |
Parrot Show di Kampung Mahmood |
![]() |
Muka excited tak sabar untuk ke next area |
![]() |
Mula mula Maira takut nak pegang kat Pet Village Area |
![]() |
Alpaca Area, berpeluang bagi makan |
![]() |
Fish & Swan Feeding Area.. |
![]() |
Muka.excited nak tangkap ikan kat Longkang Fishing |
![]() |
Aleeya takut campur mengantuk nak bagi racoon makan.. |
![]() |
Banyknya jenis jenis burung yang ada |
![]() |
Mula nak masuk Free Flight Bird Aviary |
Habis meronda kira kira jam 530 petang..agak kepenatan tapi sangat berpuas hati..untuk tips,bekalkan air untuk anak anak untuk hilangkan dahaga dan letih mereka...
Tapi jangan risau banyak rest kioks yang berhampiran yang menjual makanan dan minuman..Selain iti kemudahan surau dan restroom banyak disediakan.....
Sebelum balik jangan lupa singgah di Pet Shop dan Gift Shop untuk membeli cenderamata sebagai kenang kenangan..πππ...
Untuk yang ada rase keinginan untuk pergi,boleh survey entrance fees;
NORMAL PRICE RATE
Dewasa RM 48
Warga Emas/Kanak kanak RM 38
MYKAD PRICE RATE
Dewasa. RM32
Warga Emas/Kanak kanak. RM27
**Free Admission untuk kanak kanak tinggi bawah 90cm
OPERATING HOUR
Weekdays. 10.00 am - 6.00pm
Weekend/public/school holiday 9.30am- 6.00pm
*tutup setiap Selasa kecuali cuti umum & cuti sekolah..
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi;
Tel 03-89412099/3099